Sistem Agent Ifaaniy Art

VIDEO PENERANGAN

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Sistem Agent Ifaaniy Art (IA) ditubuhkan dengan tujuan utama untuk membina empayar khat bersama-sama atas dasar perkongsian rezeki, InshaAllah boleh berkongsi rezeki dengan semua orang dan menjadi tempat untuk orang-orang yang ingin membuat pendapatan sampingan sekaligus memberi dan memcipta satu komuniti yang tolong menolong dan bekerja sama. Ini kerana tema utama sistem AGENT Ifaaniy Art adalah BERKONGSI,  kerana Ifaaniy Art percaya jika kita sama-sama kongsi rezeki, inshaAllah rezeki kita akan bertambah. Pelbagai Kelebihan akan diberikan kepada mereka yang ingin menyahut pemberian ini, contohnya, sesiapa sahaja boleh jadi agent dan tiada syarat ketat dan segalanya PERCUMA dan semua agent akan diajar dan di bimbing dari A – Z secara percuma, jangan risau kalau tak biasa menjual, kami bantu, dan kita bantu.

APAKAH ITU “AGENT”

Agent disini bermaksud lima Rank Agent dari Ifaaniy Art dengan komisyen atau keuntungan peribadi / personal yang berbeza yang terdiri daripada:-

1. Stokis 45%
2. Guest Stokis 40%
3. Ejen 30%
4. Super Dropshiper 20%
5. Dropship 15%

KELEBIHAN ASAS SETIAP RANK AGENT

1. Stokis
– Kadar keuntungan komisyen Peribadi sebanyak 45%
– Boleh ada 2 Rank Anak dibawahnya 
– Dapat kelebihan Komisyen K10
– Akses Buat Landing Page dari Website Ifaaniy Art

2. Guest Stokis
– Terus dapat Rank Sama Macam Kelebihan yang ada pada Stokis apabila Daftar sahaja kerana Guest Stokis adalah Rank Special yang dijemput Khusus oleh HQ sahaja.
– Namun berbeza pada Komisyen Peribadi berbanding Stokis iaitu pada Kadar 40%

3. Ejen
– Kadar Keuntungan Komisyen Peribadi sebanyak 30%
– Boleh ada 1 Rank Anak dibawahnya
– Dapat kelebihan Komisyen K10
– Akses Buat Landing Page dari Website Ifaaniy Art

4. Super Dropshiper
– Kadar keuntungan Komisyen Peribadi sebanyak 20% selama sekurang-kurangnya sebulan
– Boleh sambung jadi Super Dropshiper sekirnya performance mantap

5. Dropship
– Kadar Keuntungan Komisyen Peribadi Sebanyak 15%
– Tiada tempoh tamat.

SIAPA YANG PATUT JOIN AGENT IFAANIY ART?

Secara asasnya, semua orang boleh join menjadi sebahagian dari Keluarga Ifaaniy Art Selagi dia ingin menambah pengalaman, minat terhadap seni khat, kewangan, samaada yang sedia ada atau yang baru. Namun secara spesifik, golongan yang diutamakan adalah mereka yang seperti berikut:-

1. Pelajar (Umur 17 tahun dan kebawah perlu kebenaran Ibu Bapa atau Penjaga)
2. Pekerja dari apa-apa bidang & sektor sekalipun
3. Suri Rumah Tangga
4. Individu yang ingin buat perniagaan Tanpa Risiko dan Modal
5. Individu yang nak buat duit dengan hanya guna Smartphone sahaja
6. Peminat Seni Khat & Seni, yang ingin Sertai Ifaaniy Art
7. Individu atau Syarikat yang ingin menjual sama produk mereka dibawah Ifaaniy Art ( Produk Kolaborasi Agent dan HQ. mestilah produk yang berkaitan dengan seni dan seni khat)

KOLABORASI
Read more
KOLABORASI

SYARAT ASAS DAN PERKARA YANG PERLU ADA UNTUK JOIN AGENT

1. Akaun Bank di Malaysia
2. Peranti ( paling kurang salah satu dari senarai dibawah)
   – Laptop / PC 
   – Smartphone
   – Tablet / iPad
2. Sosial Media (paling kurang 1)
3. Whatsapp / Telegram
4. Internet
5. Keinginan

PUNCA KEUNTUNGAN AGENT IFAANIY ART

Keuntungan yang akan didapatkan oleh Agent Ifaaniy Art datang dari dua punca utama iaitu daripada komisyen (samaada komisyen peribadi atau komisyen K10) dan melalui Bonus Reward Melalui Points yang dikumpulkan bersama dengan  komisyen yang dijana.

Secara rumusannya keuntungan Agent dikira melalui:
1. Komisyen
2. Bonus Reward Points

Tingkatan Rank agent ifaaniy art

Sistem Agent Ifaaniy Art mengguna pakai kaedah tingkatan untuk setiap rank tertentu atau pangkat agent. Sistem ini menjadikan kesemua Rank yang ada adalah 5 namun tingkatan untuk Rank tersebut hanyalah 3 iaitu Rank Atas, Rank Tengah & Rank Bawah. Maka, secara maksimum akan ada tiga tingkat dan secara minimum akan ada satu tingkat (jika dropship tiada sponsor/pengajak semasa daftar). 

Rank agent tertinggi ialah Stokis / Guest Stokis, dan diikuti dengan Ejen dan paling bawah adalah Super Dropshiper / Dropship. Namun ada beberapa pengecualian kepada Super Dropshiper dan Dropship, iaitu mereka boleh berada dibawah HQ direct dalam beberapa keadaan tertentu. Setiap Rank punyai keuntungan dari komisyen personal yang berbeza mengikut Rank, atau mendapat Keuntungan kongsi sebanyak 10% kepada penjemput (Rank Atas dan Rank Tengah) atau dikenali sebagai komisyen Kongsi-rata 10 (K10). 

Semua Agent akan mendapat komisyen mereka masing-masing kena dengan usahanya. Seperti mana kata pepatah melayu berkata, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Maka secara keseluruhannya, tingkatan rank adalah seperti berikut:-

Rank Atas =  Stokis / Guest Stokis / Super Dropshipper
Rank Tengah =  Ejen
Rank Bawah = Dropship / Super Dropshiper

Contoh Carta Agent Ifaaniy Art

Rajah 1

Carta Tingkatan Agent Ifaaniy Art mempunyai hanya 3 lapisan atau tingkatan , lapisan pertama atau Rank Atas adalah untuk rank Stokis dan Guest Stokis, yang mana menjadi Rank Parent kepada lapisan kedua atau Rank Tengah untuk Ejen, yang mana secara semula jadi menjadi Rank Anak untuk Rank Atas dan menjadi Rank Parent kepada lapisan ketiga atau Rank Bawah dan Rank Bawah adalah untuk Dropship dan Super Dropshiper.

Kelebihan Agent Ifaaniy Art

bg-web-untuk-penerangan-Agent-ifaaniyart (1)

Komisyen

KOMISYEN
Secara terperinci, agent akan mendapat salah satu dari dua jenis komisyen iaitu komisyen personal ATAU komisyen K10. 

 KOMISYEN PERSONAL / PERIBADI

Jenis komisyen ini adalah komisyen yang dapat pada diri sendiri tanpa ada pengaruh lain, dengan kata lain komisyen ini adalah komisyen asal yang telah ditetapkan yang ada pada satu-satu Rank itu, contohnya, Rank Ejen akan diberi 30% keuntungan komisyen, dan Rank Dropship pula akan diberi keuntungan komisyen sebanyak 15% dan tidak akan berubah kecuali jika Agent tersebut mendapat kelebihan Rank Up.

KOMISYEN KONGSI-RATA 10 (K10)
Jenis Komisyen ini adalah komisyen diatas dasar perkongsian untung, dan semua entiti terlibat akan mendapat 10% tidak lebih, tidak kurang. Hanya Rank Atas dan Rank Tengah iaitu Rank Yang mempunyai kelebihan Rank Anak sahaja yang layak mendapatkan K10 kerana kedua Rank ini akan ada dan  boleh ada Rank Anak (rank bawah mereka). Penjelasan lebih lanjut boleh lihat rajah 2.

BAGAIMANA AGENT IFAANIY MENDAPATKAN KOMISYEN
Rujuk di bahagian bawah, bahagian “Workflow”

CONTOH KIRAAN K10

Situasi 1: Abu ialah Stokis/Guest stokis (Rank Atas), dan mempunyai Rank Anak iaitu Rank Tengah (Ejen) yang bernama Samad dan Rank Bawah yang bernama Kamal (Super Dropshiper). Maka Kamal berjaya close sale produk Ifaaniy Art yang berharga RM100, maka Kamal akan mendapat RM20 sebagai komisyen yang telah ditetapkan sebagai komisyen personal untuk Rank Super Dropshiper, dan disebabkan Kamal adalah Rank Anak kepada Rank Tengah dan Rank Atas dalam satu Jalur, sebenarnya Kamal sedang dikongsikan komisyen oleh Abu dan Samad sebagai Rank Parent, maka Abu dan Samad masing-masing mendapat juga 10% iaitu rm10 komisyen atas dasar K10.

Situasi 2: Samad di Rank Tengah (Ejen) yang mana juga Rank Anak kepada Rank Atas (Abu) yang juga mempunyai Rank Anak iaitu Rank Bawah (Kamal) dan telah bejaya membuat sale berharga RM100, maka sale dibuat oleh Samad telah melayakkan Samad mendapat 30% keuntungan iaitu RM30 dan  oleh kerana Samad Rank Anak kepada Abu sebagai Rank Atas maka Abu telah kongsikan komisyennya dengan Samad dan layak mendapat K10 iaitu 10% dari harga sale itu iaitu RM10. Dalam hal ini Kamal tidak dapat K10 kerana Kamal adalah Rank Anak kepada Samad. 

Contoh Carta komisyen k15

Rajah 2

Kiraan Komisyen K10 ialah dengan cara jualan yang dibuat oleh Rank Bawah atau Rank Tengah (dikenali juga sebagai Rank Anak) akan melayakkan Rank Atas atau Rank Tengah (dikenali juga sebagai Rank Parent) didalam jalur yang sama mendapatkan 10% dari harga barangan yang dijual. Hanya Rank atas dan Tengah sahaja yang layak mendapat K10. Ini kerana Rank Parent kongsikan komisyennya dengan Rank Anaknya samaada Rank Atas sebagai Rank Parent kepada Rank Tengah dan Rank Bawah atau Rank Tengah sebagai Rank Parent kepada Rank Bawah.

Workflow

Terdapat 3 cara Workflow Agent Ifaaniy Art mendapatkan Komisyen iaitu dengan cara Self Transaction, Referral Affiliate Link, dan K10 B2B:

1. SELF TRANSACTION

 Membuat sendiri transaksi didalam website ini ( ifaaniyart.com ) selepas iklankan produk ifaaniy art dimana-mana sahaja platform atau di media social atau di whatsapp dengan apa cara marketing sekalipun. Selepas anda membuat transaction, automatik amount komisyen anda mengikut Rank anda akan masuk kedalam akaun affiliate anda dan akan di kreditkan ke akaun bank pilihan anda selepas cukup masa mingguan.

i) Daftar / Login sebagai Agent    >>>    ii) Iklankan dan marketkan produk Ifaaniy Art di media sosial   >>>   iii) Ada orang berminat untuk membeli dan bayar kepada Agent   >>>   iv) Agent akan “beli balik” produk itu didalam website   >>>   v) Agent kan mendapat komisyen.

2. AFFILIATE LINK
Redirect customer dengan special link iaitu link affiliate yang boleh didapatkan di dalam website ini dan customer akan membuat pembelian dan transaction dalam website ini dan anda akan mendapat komisyen sama seperti anda buat self transaction seperti diatas. Secara lebih terperinci, ada dua aliran untuk kaedah ini, iaitu:

ALIRAN PERTAMA: i) Login atau Daftar sebagai Agent   >>>   ii) Dapatkan Link affiliate di bahagian Topbar atau di laman akaun agent   >>>   iii) Share link tersebut di media social dengan pengiklanan dan marketing yang sesuai   >>>   iv) Customer berminat membeli dan menekan link yang diberi dan buat pembelian di dalam website   >>>   v) Agent akan mendapat komisyen berdasarkan Rank Agent semasa.

ALIRAN KEDUA: i) Login atau Daftar sebagai Agent   >>>   ii) iklankan dan marketkan produk ifaaniy art di media sosial   >>>   iii) Ada customer berminat dan ingin membeli produk Ifaaniy Art   >>>   iv) Agent copy link affiliate untuk produk tersebut dalam website melalui topbar menu atau laman akaun agent dan send link itu kepada customer tersebut dan    >>>   v) Customer click link tersebut dan akan dibawa terus ke page produk tersebut dalam website dan membelinya di sana (didalam website)   >>>   vi) Agent akan mendapat komisyenberdasarkan Rank Agent semasa.

3.B2B K10
Kaedah B2B K10 iaitu dengan mengajak rakan-rakan anda untuk join Agent Ifaaniy Art secara percuma dan apabila dia membuat sale atau referral maka anda akan mendapat komisyen K10. Namun Kaedah ini tidak tersedia untuk Rank Dropship dan hanya available untuk Rank Ejen keatas sahaja.

i) Login / daftar sebagai Agent   >>>   ii) Dapatkan Rank Up Agent secara percuma atau dengan kaedah Modal Premium kepada Rank Ejen dan keatas ( baca lebih lanjut di bahagian “Rank Up” di bawah )   >>>   iii) Dapat Kelebihan Rank Anak dan “Latih” Rank Anak untuk marketing dan iklan   >>>   iv) setiap jualan dari Rank anak akan mendapatkan keuntungan K10 kepada Rank Parent yang terlibat yang berhubung terus dengan agent Rank Anak tersebut.

bg-web-untuk-penerangan-Agent-ifaaniyart (1)

Rank Up

Rank Up atau Kenaikan Pangkat didalam Sistem Agent Ifaaniy Art boleh dicapai dengan beberapa cara seperti berikut:

1. Melalui kaedah Points Terkumpul
2. Melalui Inisiatif SuperHERO (kaedah Pendaftaran Referral Rank Anak Baru)
3. Melalui kaedah Modal Premium
4. Melalui Jemputan Khas dari HQ
5. Melalui Performance & Influence
6. Melalui Penarikan Khas Dari Rank Atas

1. KAEDAH POINTS TERKUMPUL

Melalui kaedah ini Agent akan diberi kelebihan untuk meningkatkan Rank semasa kepada rank yang lebih tinggi apabila Points yang dikumpulkan sudah mencukupi. Points yang diperlukan untuk agent Rank Up adalah seperti berikut:

Rank Bawah —> Rank Tengah  =  15000 Pts
Rank Tengah —> Rank Atas  =  77000 Pts

*Maklumat lanjut berkaitan dengan Points boleh Baca di bahagian Reward*

2. INISIATIF SUPERHERO: PENDAFTARAN REFERRAL RANK ANAK BARU

Melalui inisiatif ini, Khusus untuk Rank Bawah (Dropship/S. Dropshiper) Agent boleh dapat kelebihan Rank Up dengan mendaftarkan atau referral untuk pendaftaran Agent Baru seramai minima 5 orang referral pendaftaran baru, dan sesudah cukup 5 orang pendaftaran Agent baru dibawah pendaftar yang sama, maka pendaftar itu akan secara automatik Rank Up kepada Rank Ejen dan 5 orang pendaftaran baru itu akan secara Automatik menjadi Rank Anak kepada Pendaftar tersebut yang kini telah menjadi Rank Ejen. 

3. MODAL PREMIUM

Melalui Kaedah ini, Agent yang berhajat untuk meningkatkan Rank dengan cara “fast lane track” boleh berbuat demikian, dengan cara membayar Modal Premium untuk Rank Up Secara Terus, dengan overriding semua kaedah lain. Kadar bayaran untuk membeli Rank Up Modal Premium adalah seperti berikut:

Rank Dropship  —>   Rank Ejen  =  RM 1400
Rank Dropship  —>   Rank Stokis  =  RM 4400
Rank Ejen  —>   Rank Stokis  = RM3000

4. JEMPUTAN KHAS DARI HQ

HQ mempunyai hak mutlak untuk menentukan Agent mendapat Rank Up atau sebaliknya seperti yang termaktub didalam Term & Condition yang semua Agent perlu bersetuju semasa mendaftar sebagai Agent. 

5. PERFORMANCE & INFLUENCE

Melalui inisiatif ini, Agent yang menunjukkan performance ATAU yang mempunyai Influence / pengaruh yang baik dan mantap akan dinilai oleh HQ dan orang-orang terpilih untuk tujuan menilai. Antara perkara yang dilihat oleh penilai adalah dari sudut:

i) Keluas sebaran produk ifaaniy art didalam media social melalui Agent. Sebagai Contoh:

– Video yang dimuat naik Agent di Tiktok, IG, FB, Twitter, dan lain-lain yang mengiklankan Ifaaniy Art secara subliminal atau terus, menjadi Viral.
– Follower atau Subscriber yang ramai dan marketkan Produk Ifaaniy Art didalam sosial medianya

ii) Kreativiti didalam marketing dimana-mana sahaja
iii) Sanggup melakukan lebih untuk meningkatkan sale
iv) Dan lain-lain yang dirasakan berkenaan

6. PENARIKAN KHAS DARI RANK ATAS

Jika sudah kena syaratnya, iaitu andai Rank Anak yang berada di Rank Tengah, dapat Rank Up (Ejen -> Stokis) maka Stokis Asal yang memegang Ejen yang Rank Up itu boleh memilih dari Rank Anaknya yang berada pada Rank Bawah (Dropship @ S.Dropshiper) untuk Rank Up kepada Ejen.

REWARD & Inisiatif SuperHERO

REWARD POINTS

Reward disini bermaksud Ganjaran yang akan Agent perolehi bersama-sama dengan komisyen yang sedia ada. sebagai contoh, Agent Super Dropshiper A membuat sale sebanyak RM100 dan mendapat komisyen atas jualan sebanyak RM20, dan juga sekaligus akan mendapat nilai mata points (pts) sebanyak 500pts. Points ini akan menjadi tanda aras untuk menilai dan menentukan Reward / Ganjaran apa yang akan Agent Perolehi. Klasifikasi untuk setiap milestone points agent akan di kelaskan dengan istilah Level.

Ada beberpa bentuk Reward/Ganjaran yang boleh para Agent dapatkan melalui pengumpulan points:-

1. Rank Up (Kelebihan)
2. Redeem Bonus Points (Duit Poket)
3. Reward Star Tier (Hadiah)
4. Target Bulanan (Duit / Hadiah)

Dibawah ini adalah jadual panduan milestone Level untuk Agent kenal pasti kedudukan semasa Level Agent (tanpa mengira kedudukan Rank) 

Jadual 1

Jadual diatas menunjukkan keberadaan Star Tier Agent dan menjadi penanda Aras Pencapaian Agent melalui Points yang terkumpul

1. RANK UP

Melaui pengumpulan Points, Agent akan dapat kelebihan Rank Up secara semula jadi apabila agent sudah mencapai points atau level yang ditetapkan.
   – Rank Up dari Rank Bawah ke Rank Tengah Level 24
   – Rank Up dari Rank Tengah ke Rank Atas adalah pada Level 55

2. REDEEM BONUS POINTS (RBP)

Bonus adalah “duit poket” yang agent boleh dapatkan dengan cara Redeem Bonus Points apabila Points yang terkumpul sudah capai 2500 Points minimum. Points akan dipotong dari “current balance” dan bukan pada “total balance” jadi walaupun Agent lakukan Redeem Bonus Points sekalipun, Star Tier akan masih sama dan berjalan. Nilai Points tersebut berbanding dengan RM adalah RM1 = 500pts.

*AGENT BOLEH TRANSFER POINTS KEPADA AGENT YANG LAIN*

3. REWARD STAR TIER

Reward Star Tier adalah Ganjaran yang melibatkan kenaikan Star Tier Agent seperti dalam jadual diatas. Ada 5 Star Tier untuk Agent dapatkan, dari satu star kepada 5 star dan sesudah itu Agent akan dapat pengiktirafan SUPER AGENT (kelebihan utama Super Agent akan di kemas kini kemudian). Apabila Agent sudah capai Points tertentu, Agent akan naik Star Tier dan akan dapat Ganjaran atas kenaikan Star Tier Tersebut.

Reward yang Agent akan dapat adalah berupa hadiah. Hadiah yang akan Agent dapat akan diumumkan kemudian.

4. TARGET BULANAN

Agent juga akan dapat Ganjaran yang berpaksi pada target secara bulanan sebagai satu usaha memberi peluang untuk para agent lebih kompetitif dengan sihat antara satu sama lain. Target Bulanan mungkin akan berbeza pada setiap bulan dan mungkin akan berbeza mengikut Rank.

Inisiatif SuperHERO

Inisiatif ini dibina secara khusus bertujuan untuk MEMBANTU melancarkan dan memberi “Boost” kepada Agent Baru untuk mendaki ke Rank Yang Lebih Tinggi dan Untuk membantu Agent baru untuk buat sale dan juga memberi semangat tambahan untuk Agent baru selari dengan KONSEP MUAFAKAT yang digalas oleh Ifaaniy Art sebagai asas penubuhannya. Ada beberapa inisiatif yang terlibat dalam Inisiatif SuperHERO ini:-

1. Rank Up
– Agent Baru Boleh Rank Up (Upgarade Rank) kepada Ejen dengan menambah Agent baru sekurang-kurangnya 5 orang

2. Super Dropshiper
– Agent Baru boleh menikmati penambahan 5% kepada komisyen asal Rank Dropship dari 15% kepada 20% selama sebulan.
– Andai Agent Super Dropshiper menunjukkan performance yang mantap, Agent tersebut boleh menambah lagi tempoh Super Dropshiper dan seterusnya begitulah hingga Rank Up kepada Ejen. Kekalkan prestasi Tingkatkan kualiti.

3. Bantuan dana ads
– Bantuan ini khas untuk Agent baru yang ingin buat Ads di Facebook. Selepas Agent berjaya Run Ads di Facebook dan berjaya menjual satu produk Ifaaniy Art melalui ads tersebut, maka HQ akan beri bantuan ads RM20.

4. Bimbingan & khidmad Nasihat
– Ketua Kumpulan Agent akan memberi bimbingan kepada Agent baru yang ingin belajar & tak jemu menimpa ilmu demi melancarkan proses menambahkan rezeki inshaAllah.

Shopping Cart